Friday, August 12, 2011

limpah semua

epik bertulis tercipta sengaja. segala bermula pada saat titik akhir. sayap malam, sungguh kelam langit tinggi dilutupi dalam, luaran kepulan kapas awan. skema warna kelabu putih terang disaluti hitam arang malam. angin halus konsepsi kumulonimbus, bertiup setiap masa dengan kelajuan raksa yang menuju angkasa. namun, tema malam ini adalah sunyi, sepi, berdiam. malam ini mungkin sinonim tenang.

oleh kerana idea berbelah, seperti sang musang berhelah. namun, ia tidak menjangkau jauh ke arah stratosfera nun antara gugusan bintang bersauh. ini bukan jangka, atau masa untuk menerima kata saksama. masa itu cuma, penerima dan diterima jangkauan minda dan ilusi. ilusi emotif persepsi. persepsi yang mementingkan falsafah. kolektif karya cendiakawan geliga generasi kita. kolektif minda yang tertera di atas lautan luas, kelihatan dari ruang vakum angkasa lepas.

ini limpah semua. hati dan jiwa. terbuka dan tertutup pada masa yang sama. ilusi pecah warna prisma telus. mata kacamata, ditusuk cahaya matahari pecah sementara cuma. ini adalah situasi imitasi yang enggan memberi kata putus. kata-kata jenaka, olok-olok bahasa. namun, itu cuma kata mereka belaka. ini jua, diberi kurnia. satu tujuan, berbagai kelakuan. perihal laku dan penaakulan, diantara megah penentuukuran. seperti, insepsi mimpi. dimana kita cuma permainan harian, tema berlawanan.

kerana itu, nyawa tawar. disana hidup menunggu, disini takdir menanti. aku cuma menulis.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home