Wednesday, May 19, 2010

khatulisjiwa

khatulistiwa di horizon. taman luas kelihatan dari angkasa dicelah kepulan kapas putih. kumpulan wap air statik ditengah udara. hijau langit-langit pokok kelihatan di kaki langit biru. pokok rendang renda perang. sinonim tenang.

kekosongan infiniti disetiap sudut. sayu senyap riuh berbunyi. titisan air jatuh perlahan seperti di dalam detik masa peluru. efek ufuk kelihatan jelas dengan kederasan warna. imej terpateri seperti arteri pulmonari dilalui darah merah. antara kebebasan yang memerintah disini. semua jawapan berbeza tapi disini soalannya sama.

ilusi ini pasti. tetapi hati tetap menunggu revolusi. revolusi ilusi. menjangkaui kemampuan telepati. berbincang minda di dalam minda. memetik perkataan satu persatu. kinetik lincah memberi tenaga kepada setiap sel elektron. aku mahu itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home